Text
Penerapan nilai oleh guru dalam pengajaran matematik di Sekolah Menengah Pertama Palembang
Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis penerapan nilai oleh guru dalam pengajaran matematik di sekolah menengah pertama (SMP) bandar palembang.Kaedah persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini yang melibatkan seramai tiga orang guru SMP di bandar palembang.Proses pemerhatian pengajaran dilakukan sebanyak tiga kali terhadap setiap peserta.Pengumpulan data dibuat secara individu meneui temu bual pra pengajaran,pemerhatian pengajaran bilik darjah,temu bual pasca pengajaran,temu bual akhir kerja lapangan,nota lapangan dan dokumen pengajaran.Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisi isi kandunagan.Dapatan kajian menunjukkan bahwa ketiga-tiga peserta kajiandikesan membuat rancangan penerapan nilai dalam ketiga-tiga pengajaran di bilik darjah,walaupun perancangan ini cenderung di buat secara tersirat.Nilai-nilai yang dirancang dan diterapkan oleh peserta sama ada secara sedar atau tidak sedar.Dua nilai yang dirancang dan diterapkan secara sedar oleh kesemua peserta ialah nilai kebolehcapaian dan penilaian yang merupakan nilai pendidikan matematik.Kebanyakan penerapan nilai pendidikan umum yang di sedari oleh peserta ialah nial yang tidak dirancang sebelumnya seperti nilai bersahabat,bertanggung jawab,menghargai prestasi dan teliti,Empat nilai matematik iaitu nilai objektisme,keterbukaan,kawalan dan kemajuan terterap dalam pengajaran oleh peserta,walaupun tidak berlaku dalam kesemua pengajaran.Hamya dua nila yaitu nilai toleransi dan relevan yang dirancang namun tidak terterap oleh peserta dalam pengajaran.Terdapat lapan halangan dalam pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajran matematik,yang berpunca dari pada guru,pelajar dan kurikulum.Implikasinya,kajian ini boleh dimanfaatkan oleh guru sebagai maklumat untuk menentukan nilai yang perlu diberi penekanan untuk dirancang dalam pengajaran matematik agar pengajaran matematik bermakna.
Inventory Code | Barcode | Call Number | Location | Status |
---|---|---|---|---|
T000030S | Available |
No other version available