Text
Pemahaman guru-guru matematika sekolah menengah atas terhadap penyelesaian masalah matematika
Kegiatan pembelaaran matematika di dalam kelas merupakan keputusan yang ditetapkan oleh guru. Konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah matematik memberikan impplikasi kepada bagaiman guru menggunakan penyelesaian masalah di dalam pembelajarannya. Walaupun penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, ramai guru-guru yang tidak mempunyai wawasan yang jelas untuk melibatkan diri dalam penyelesaian masalah atau apa yang diperlukan dalam pengajaran menyelesaikan masalah dalam bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk menjelajahi dan mendalami pemahaman guru dalam penyelesaian masalah matematik. Fokus utama diberikan kepada meneroka konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah dan amalan guru dalam pengajaran mateatik di bilik darjah. Kajian ini telah dijalankan ke atas 6 orang guru di sekolah menengah di bandar Palembang. Setiap guru telah mengambil bahagian dalam tiga kali pemerhatian dalam bilik darjah dan temu bual sebelum dan sesudah pemerhatian. Kajian kes telah dibangun bagi setiap guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua enam guru telah mengubahsuai konsepsi mereka terhadap penyelesaian masalah. Walaupun kebanyakan guru menyatakan pandangan menyelesaikan masalah merupakan aplikasi matematik bagi pelajar, namum mereka juga menunjukkan perubahan dengan menyatakan tujuan penyelesaian masalah sebagai kenderaan untuk pembelajaran ide matematik yang baru. Sebahagian besar guru memberikan lebih banyak waktu kepada siswa untuk terlibat dalam penyelesaian masalah, dengan menciptakan kumpulan agar dapat membantu pelajar dengan kemampuan rendah untuk dapat berhasil dalam penyelesaian masalah.
Inventory Code | Barcode | Call Number | Location | Status |
---|---|---|---|---|
T000022S | 371.102 07 Cec p 2015 | Available |
No other version available