The Sriwijaya University Library

  • Home
  • Information
  • News
  • Help
  • Librarian
  • Login
  • Member Area
  • Select Language :
    Arabic Bengali Brazilian Portuguese English Espanol German Indonesian Japanese Malay Persian Russian Thai Turkish Urdu

Search by :

ALL Author Subject ISBN/ISSN Advanced Search

Last search:

{{tmpObj[k].text}}
Image of Pengacuanan suntikan serbuk komposit hidroksiapatit/titanium ALOI (Ti6A14V)

Text

Pengacuanan suntikan serbuk komposit hidroksiapatit/titanium ALOI (Ti6A14V)

Amir Arifin - Personal Name;

Penilaian

0,0

dari 5
Penilaian anda saat ini :  

Pengacuanan Suntikan Serbuk (PIM) adalah teknologi gabungan antara pengacuanan suntikan plastik dan metalurgi serbuk. Pembentukan hidroksiapatit HA/T16A14V komposit menggunakan PIM masih kurang dilaporkan kerana kesukaran pemprosesan dua jenis bahan (ketidaksepadanan antara seramik dan logam). Walau bagaimanapun, sifat-sifat biokatif HA dan Kemuluran T16A14V adalah ciri-ciri penting untuk bahan implan. Oleh itu,tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji keupayaan pembentukan HA dan T16A14V komposit melalui proses PIM.Serbuk HA dan Ti64l4v dengan saiz purata 5 um 20 um telah digunakan. campuran serbuk dicampur dengan system pengikat dengan kandungan 60wt% strearin sawit dan 40 wt% polietilena. Pembebanan serbuk isipadu kritikal (CPVC) adalah 78.21 vol% pada komposisi bahan suapan 90wt% Ti6A14V dan 10 wt% HA. Sifat reologi dikaji menggunakan kapilari reometer. Keputusan reologi menunjukkan bahan suapan HA/Ti6A14V menunjukkan sifat pseodoplastik yang bersesuaian bagi PIM. Bahan suapan HA/Ti6A14V komposit disuntik dengan pengacuan suntikan bertekanan rendah. Kekuatan jasad anum adalah 7.62 MPa diukur dari ujian lenturan. Sistem pengikat dalam jasad anum Berjaya dikeluarkan tanpa berlaku kecacatan pada jasad perang melalui proses penyahikatan haba dengan dua peringkat suhu tempoh inap. Relau bervakum tinggi digunakan untuk pembaruan jasad perang HA/Ti6A14V pada suhu pensinteran dari 1100C hingga 1300C. Keliangan mikro yang seragam telah terbentuk pada seluruh jasad sinter. Pembentukan keliangan pada jasad sinter dipercayai kerana mekanisme penguraian HA, serta interaksi antara Ti6A14V dan HA semasa proses pembauran. Pengoptimuman parameter pensinteran dilaksanakan berdasarkan kaedah Taguchi dengan variasi suhu pensinteran, Tempoh inap,kadar pemanasan dan kadar penyejukan. Suhu pensinteran menunjukkan factor yang paling signifikan kepada sifat-sifat jasad sinter.Sifat mekanik jasad sinter menghampiri julat sifat mekanik implan tulang. Kekuatan jasad sinter adalah 122.24 MPa (60-130 MPa kekuatan tulang), modulus young adalah 37.39 GPa (10-30 GPa Modulus young tulang),dan kekerasan 2.55 GPa (0.52-0.86 GPa kekerasan tulang). Jasad sinter mengalami pengecutan isotropic sebanyak 25.7% berbanding dengan jasad anum. Parameter optimum untuk sifat-sifat mekanikal dan fizikal diperolehi pada suhu pensinteran 1300C, tempoh inap 90C, kadar pemanasan 7 C/min dan penyejukan kadar 6 C/min. HA telah sebahagiannya dihuraikan kepada B-TCP, titanium oksida dan CaTiO3 pada suhu pensinteran 1300C berdasarkan daripada analisis XRD. Penguraian HA dan pembentukan titanium oksida meningkat dengan peningkatan suhu pensinteran. Berdasarkan keputrusan penyelidikan ini, boleh disimpulkan bahwa fabrikasi HA/Ti6A14V komposit melalui PIM boleh dilaksanakan bagi penghasilan jasad sinter, di mana boleh dikembangkan sebagai bahan implan bagi tulang.


Availability
Inventory Code Barcode Call Number Location Status
T00007620.118 Ami pCentral LibraryAvailable
Detail Information
Series Title
-
Call Number
620.118 Ami p
Publisher
Malaysia : Universiti Kebangsaan Malaysia., 2015
Collation
xx, 204 hlm. : ilus. ; 30 Cm.
Language
Indonesia
ISBN/ISSN
-
Classification
620.118
Content Type
-
Media Type
-
Carrier Type
-
Edition
-
Subject(s)
Hidroksiapatit
Serbuk Komposit
Titanium
Specific Detail Info
-
Statement of Responsibility
Amir Arifin
Other version/related

No other version available

File Attachment
Comments

You must be logged in to post a comment

The Sriwijaya University Library
  • Information
  • Services
  • Librarian
  • Member Area

About Us

As a complete Library Management System, SLiMS (Senayan Library Management System) has many features that will help libraries and librarians to do their job easily and quickly. Follow this link to show some features provided by SLiMS.

Search

start it by typing one or more keywords for title, author or subject

Keep SLiMS Alive Want to Contribute?

© 2025 — Senayan Developer Community

Powered by SLiMS
Select the topic you are interested in
  • Computer Science, Information & General Works
  • Philosophy & Psychology
  • Religion
  • Social Sciences
  • Language
  • Pure Science
  • Applied Sciences
  • Art & Recreation
  • Literature
  • History & Geography
Icons made by Freepik from www.flaticon.com
Advanced Search