Text
Kajian perbandingan proses penggubalan dan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Anak Usia Dini (PAUD) di Indonesia dan kurikulum Permata Negara di Malaysia
Penyelidikan perbandingan antara negara dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) di rantau asia tenggara masih belum mendapat perhatian dalam kalangan penyelidik PAKK.Didorong oleh kekurangan penyelidikan komparatif begini,maka penyelidikan ini dijalankan untuk membandingkan proses pengubalan dan pelaksanaan kurikulum PAUD di Indonesia dan kurikulum PERMATA Negara di Malaysia.Tujuh soalan penyelidikan diajukan bagi menyiasat perbedaan dan persamaan dari segi proses pengubalan,proses pelaksanaan,falsafah teori-teori yang melandasi kurikulum,isi kandungan,pedagogi dan kaedah penilaian kanak-kanak yang digunakan,persediaan guru/pendidik,persediaan prasarana,sarana,dana,dan penglibatan ibubapa serta anggota masyaraka dalam pelaksanaan kedua-dua kurikulum yang di kaji.Reka bentuk penyelidikan ini adalah berbentuk kualitif.Data/maklumat dipungut menggunakan kaedah analisis dokumen,study pustaka,temubual dan pemerhatian.Teknik triangulasi digunakan untuk memastikan kesasihan dan keboleh percayaan (trustworthiness) data/malukmat yang dikumpul.Sebanyak 51 buah dokumen dan 16 buah makalah telah dianalisis,12 individu terkait di wawancara,dan 4 buah taman kanak-kanak/pusat Anak PERMATA Negara diobservasi.Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbedaan besar dari segi proses penggubalan dan pelaksanaan kurikulum PAUD di Indonesia dan kurikulum PERMATA di Negara Malaysia,tetapi dari segi falsafah,teori,isi kandungan,pedagogi dan penilaian kanak-kanak didapati tidak jauh berbeda.Mengenai persediaan guru/pendidik,didapati Malaysia menyediakan program latihan yang lebih panjang dan komprehensif berbanding Indonesia.Dari segi prasarana dan sarana tidak banyak perbedaan di antara dua Negara,tetapi dari segi dana,Kerajaan Malaysia memberi komitmen jauh lebih tinggi berbanding Indonesia.Begitu juga dari segi penglibatan ibu-bapa dan masyarakat dalam kurikulum PAUD dan PERMATA Negara,hanya perbedaan kecil diperhatikan.Berdasarkan amalan terbaik dari kedua-dua kurikulum ini,satu tanda aras (benchmark) telah dibangunkan sebagai panduan kepada kedua-dua buah negara dalam melaksanakan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak yang efektif dan berkualiti di negara masing-masing.Cadangan-cadangan bagi kajian selanjutnya,sama ada kajian perbandingan secara makro atau mikro diberikan dalam tesis ini.Kajian ini memberi peluang kepada kedua-dua buah negara,Indonesia dan Malaysia mengesan dan memperbaiki kekurangan-kekurangan yang dapat dalam proses pembinaan dan pelaksanaan kurikulum pendidikan aeal kanak-kanak di negara masing-masing.
Inventory Code | Barcode | Call Number | Location | Status |
---|---|---|---|---|
D00012 | 375.001 07 Yet k | Central Library | Available |
No other version available