Text
Analisis konsepsi dan amalan pengajaran guru terhadap penyelesaian masalah matematik di Sekolah Menengah Atas, Palembang
Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis konsepsi dan amalan pengajaran dalam kalangan guru matematik Sekolah Menengah Atas (SMA) terhadap penyelesaian masalah matematik di Palembang.Seramai enam guru matematik SMA di palembang sebagai responden di pilih dengan Teknik persampelan bertujuan.Kaedah temu bual secara separa berstruktur dan pemerhatian digunakan bagi mengumpul data.pemerhatian terhadap guru di jalankan sebanyak tiga kali sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp).Temu bual di jalankan sebelum dan selepas dan selepas bagi setiap sesi pdp. Menunjukan bahawa konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah masih belum jelas. Konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah bertambah baik setiap kali temu bual dijalankan. Kebanyakan guru menyatakan penyelesaian masalah merupakan aplikasi matematikbagi murid. Namun begitu, responden juga menunjukkan perubahan secara berperingkat dengan menyatakan penyelesaian masalah sebagai satu alat memahami konsep matematik yang baharu. Kebanyakan guru mengamalkan kaedah penyelesaian masalah terhadap murid secara berkumpulan dan mengambil masa yang lebih lama. Kaedah ini secara am dapat membantu murid menyelesaikan masalah. Kesimpulannya konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah matematik mempengaruhi amalan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Kajian ini memberi implikasi bahwa konsepsi dan amalan pengajaran yangdi pamerkan guru adalah sangat penting dan mampu membantu muri dalam mengukuhkan pembelajaran penyelesaian masalah matematik dan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid.
Inventory Code | Barcode | Call Number | Location | Status |
---|---|---|---|---|
T00005 | 371.307 598 16 Cec a | Central Library | Available |
No other version available