Text
Menjayakan UTM Global: Kesepakatan, Keterangkuman & Keterlibatan
Perutusan Tahun Baharu Naif canselor adalah satu legasi UTM yang dibukukan setiap tahun sejak tahun 2009. Legasi ini mendokumentasikan perancangan, pelan tindakan dan pelaksanaan, menjangkakan cabaran, memetakan pencapaian tahun sebelumnya dan memahatkan aspirasi melalu tema yang dipilih bagi tahun yang berkenaan kepada seluruh warga universiti dan mahasiswa. disamping itu, buku ini dapat menghebahkan perkembangan dan pencapaian universiti kepada pemegang taruh (Stakeholder) diluar universiti.
Sebagai warga UTM, kita perlu mengetahui visi dan misi yang akan dicapai dan menghayati sepenuhnya visi dan misi ini. kita perlu bergerak secara kolektif kearah arah pencapaian matlamat utama untuk meletakan UTM antara 50 buah universiti terbaik dunia dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan menjelang tahun 2020. justru, perutusan tahun baharu 2014 membawa tema ' kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan ' ( consensus, inclusiveness, engagement). kita akan mengatur setiap langkah dengan mengambilkira pandangan semua pihak. setiap pandangkan akan diraikan sewajarnya untuk membolehkan seluruh warga universiti memberi pandangan konstruktif agar usah penambah baikan secara secara brterusan dapat dilaksanakan. sesungguhnya semangat kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan telah digagaskan oleh kepemimpinan universiti dari dulu hingga kini walaupun pelaksanaannya mungkin nampak berbeda dan unik. kita amat berterimah kasih atas sumbangan kepemimpinan dan warga UTM terdahulu yang telah berjaya membunina satu budaya kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan warga universiti yang jelas dirasai infaknya pada masa ini. sesunggunya, ini adalah aset yang sangat bernilai yang perlu dipeliharah dan terus disuguhkan oleh kita bersama untuk memastikan UTM terus unggul terbilang dan menjadi universiti sanjungan bangsa
Inventory Code | Barcode | Call Number | Location | Status |
---|---|---|---|---|
1701000207 | B70765S | 378.595 1 Oma m 2014 | Central Library (CIRCULATION) | Available |
No other version available